Info Terkini PPBSP

Berita Surau Phasa 7 BSP - Sudah Siap : 200 org Jemaah

BERITA SURAU

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera

kepada semua warga Princeton

Dimaklumkan AJK Pembinaan SUAK akan mengadakan Majlis Doa Selamat dan Solat Hajat di Surau ini pada 28 Mei 2011 (Hari sabtu). Tuan puan dijemput hadir pada hari tersebut.


Pandangan Hadapan

Tidak berapa hari lagi Surau Syaidina Umar Al-Khattab akan dapat digunakan kepada semua penduduk Fasa 7, Bandar seri Putra. (Princeton, Castanea, Puncak Unggul, Putra, Nusa, Aman & Rimbun Suria)


Ruang Dalam Yg Luas


Ruang Dalam Surau

Tempat ibadah ini akan membolehkan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan dapat dijalankan dengan terautur mengikut tuntutan Islam.
    

Mesyuarat AJK Pembinaan Surau SUAK Yang Di adakan Baru2 ini.

Sekalung tahniah kepada AJK Pembinaan SUAK, selama ini telah bertungkus lumus dengan merelakan masa mereka bagi merancang pembangunan Surau Syaidina Umar Al-Khattab ini sehingga menjadi kenyataan. Sumber kewangan diperolehi dari sumbangan derma ikhlas penduduk Bandar Seri Putra, Badan Korporat, Politik, Syarikat dan Individu.  Inshaallah hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala susah payah serta keringat tuan/puan itu, hanya Syurga Allah balasannya..  Amin......

salam ikhlas:  ZaludinAB.
(Sumber: Mohd Puzi Razali {mprazali@gmail.com})

1 comments:

taniah kepada jawatan kuasa yang berjaya menzahirkan impian kita semua. saya belum berkesempatan sama-sama mengimarahkan surau kita, insyallah bila ada kelapangan balik dari sarawak saya akan singgah ke surau tersebut
Razak
2/4D

 

Post a Comment

Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.