Info Terkini PPBSP

Download Borang Persatuan Penduduk BSP & hantar sebelum 4 Mei 2011

Warga BSP yang belum menjadi ahli dijemput untuk mendaftar sebagai ahli PPBSP dengan mengisi borang keahlian dan dihantar pada JK Kerja PPBSP pada 4 Mei 2011. Borang boleh diserahkan terus kepada wakil persatuan penduduk tempatan. Atau boleh juga diserahkan di kedai Internet Cafe (Engku Ahmad Faizal) beralamat di No 14 Jln Seri Putra 3/13. Atau boleh dihantar terus ke Pusat Khidmat Masyarakat BSP pada malam 4 Mei 2011 (semasa mesyuarat JK Kerja PPBSP) untuk disahkan dan diterima oleh JK Kerja.

Oleh itu, saya menyeru agar warga BSP yang sekarang dianggarkan sekitar 12,000 orang (atau 4,000 unit kediaman mengikut Bangi Heights dikali 3, maka anggaran 12,000 orang) dapat mendaftar sebagai ahli persatuan.

Boleh muat turun borang dalam bentuk PDF dan sedia dicetak di sini --> http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=6755.msg68338#msg68338

-
jabbar4aiman-

Jawatankuasa PPBSP 2011/2012

Jawatankuasa PPBSP 2011/2012 
 
Yang Dipertua : Tn Hj Ahmad Yusof (001)


Timbalan Yang Dipertua : Dato' Zakaria Husein (149)


Setiausaha : Dr. Ramizi Mohamed (135)


Penolong Setiausaha : En. Asfazian Che Ramli


Bendahari : En. Arzock Nassar (007)


AJK

1 Dr. Ishak Ahmad


2 Ustaz Farid Ravi


3 En Engku Faizal Annuar Engku Husin


4 Ustaz Abu Zaki


5 Pn. Nursiah


6 En. Khairil Anuar
-Tiada gambar-

7 Mejar Qayyum
-Tiada gambar-

8 En Azizul Jabbar Kamaruddin


Pemeriksa kira-kira 
1 En. Mohamad
2 Tn Hj Halimi

Kalendar Aktiviti BSP dan sekitarnya



Satu yang saya sedang usahakan menggunakan google calender bagi mengelakkan sebarang pertembungan aktiviti di BSP dan kawasan berdekatan adalah menggunakan mengemaskini dan mengabungkan pelbagai kalendar persatuan/sekolah di sini:

http://calendar.bandarseriputra.com/

Ianya belum siap sepenuhnya, tetapi bolehlah dijadikan rujukan jika mana-mana persatuan ingin menetapkan sebarang tarikh aktiviti.

Dalam masa yang sama, kepada yang ingin membantu seperti nak wujudkan kalendar bagi persatuan mereka dan diintegrasikan dalam kalendar ini juga dialu-alukan. Bagi yang ingin masukkan aktiviti dalam kalendar ini bolehlah emailkan kepada saya di alamat email khaiatbsp@gmail.com.

Sebarang cadangan dan pandangan juga dialu-alukan.

-Khaiatbsp-

Kempen Sifar Peniaga Luar Kawasan Sekolah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgmFOYjCPUg86QJbwpBVQZNOq_NWpJwmKlA-FzzvfcdA-XCh65wpxy8bkYMqPMtzt3FdVztlPh0ROZZQCds1f7ngPinV8DCMQsFR-0KhoX5pbVCzQ9VX0zyT2FAhJILojD6l27oE-K_T0g/s400/makanan+larangan+di+kantin.jpg
Gambar: Senarai makanan yang mungkin dilarang di kantin sekolah

Berniaga diluar sekolah sebenarnya tidak dibenarkan atas beberapa faktor (dan sebenarnya bukan untuk menutup pintu rezeki mereka).

Pertamanya, faktor kebersihan kerana tidak diketahui kebersihannya.

Kedua, faktor makanan berkhasiat seperti yang sedang diperjuangkan oleh kementerian kesihatan. Rasanya, hampir keseluruhan makanan yang dijual di luar kawasan sekolah termasuk dalam kategori makanan yang akan dilarang dijual di kantin sekolah.

Ketiga, faktor keselamatan. Tepi jalan raya amat merbahaya kepada murid yang sedang membeli dan juga murid yang lalu-lalang.

Keempat, ianya juga salah satu faktor menyebabkan kesesakan jalan raya.

Maka dinasihakan agar ibubapa tidak turut sama membeli dan membenarkan anak-anak anda membeli barangan yg dijual kawasan sekolah.

Satu aduan kepada MPKj juga telah dipanjangkan untuk tindakan mereka.

-Bagi pihak PIBG-



Gempur penjaja jajan
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2011/04/27
 

Tindakan tegas pastikan matlamat kementerian kesihatan tangani obesiti pelajar dicapai

KUALA LUMPUR: Peniaga dan penjaja yang menjual makanan tidak sihat di luar sekolah wajib dibanteras habis-habisan bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) serta diabetes di kalangan pelajar.
Berikutan itu, beberapa pertubuhan meminta pihak berkuasa tempatan segera menguatkuasakan larangan terhadap peniaga dan penjaja ini yang menjadi antara faktor penyumbang masalah pemakanan pelajar ketika di sekolah.
Menurut mereka, kebanyakan daripada senarai 15 barangan yang dilarang dijual di sekolah, sebenarnya tidak dijual di kantin, sebaliknya dijual peniaga dan penjaja di luar sekolah dalam bas dan van sekolah serta kedai berhampiran sekolah.

Tindakan tegas ini penting bagi mencapai matlamat Kementerian Kesihatan menangani masalah obesiti serta diabetes di kalangan pelajar melalui larangan penjualan 15 jenis makanan tidak sihat di semua kantin sekolah rendah dan menengah, mulai bulan depan.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata hampir semua sekolah, terutama sekolah rendah menghadapi masalah penjaja makanan di luar kawasan sekolah, walaupun pengusaha kantin mematuhi garis panduan pemakanan sihat yang ditetapkan.

Beliau berkata, sebahagian besar kantin tidak menjual makanan dalam senarai larangan itu, sebaliknya dijaja secara berleluasa di luar sekolah dan sering menjadi tumpuan pelajar, walaupun tahap kebersihan serta keselamatan kandungannya tidak terjamin.
"Penjaja lazimnya tidak berlesen dan menjual makanan sesuka hati asalkan laku. Ia bukan saja menimbulkan risiko terhadap keselamatan dan kesihatan pelajar, malah menjejaskan jualan di kantin sekolah.

"Kegiatan penjaja ini harus diberi perhatian serius dan ditangani dengan tegas, bukan hanya fokus atau menyalahkan kantin. Diharap kementerian berkaitan dan PBT dapat menggempur habis-habisan kerana pihak sekolah tidak boleh mengambil tindakan terhadap penjaja di luar sekolah.

"Mekanisme perlu diwujudkan untuk menghalang penjaja menjual makanan tidak sihat di luar sekolah, walaupun mereka ada lesen berniaga," katanya.

Hashim juga berkata, mustahil pengambilan makanan di kantin dalam tempoh rehat sesingkat 15 hingga 20 minit boleh mengakibatkan masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar, sebaliknya ia lebih banyak diakibatkan pemakanan di luar kawasan sekolah, termasuk ketika bersama ibu bapa.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, berkata penjualan makanan oleh penjaja di sekolah lebih membimbangkan kerana tiada kawalan dan meminta PBT membuat pemantauan mengejut secara berkala untuk membanterasnya.

"Lebih membimbangkan, PIBGN pernah mendapat aduan ada pengusaha bas dan van sekolah mengambil kesempatan menjual makanan ringan atau jajan kepada pelajar yang menaiki kenderaan mereka," katanya.

Beliau turut menyarankan kantin sekolah diberikan penilaian gred berdasarkan kualiti makanan dan kebersihan, selain menangani masalah obesiti pelajar dengan pendidikan jasmani tanpa sebarang pengecualian, terutama pada musim peperiksaan.

"Kementerian juga dicadang menganjurkan kem pemulihan kesihatan untuk pelajar yang mengalami obesiti dengan dihadiri ibu bapa atau penjaga mereka," katanya.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N Marimuthu, pula berkata ibu bapa perlu mendidik anak-anak mengamalkan pemakanan sihat selain menyediakan bekalan makanan ke sekolah.

Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heung, berkata kementeriannya sedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menangani isu penjaja di luar pekarangan sekolah.

Garis panduan makan sihat untuk kantin sekolah bulan depan

2011/04/21

PETALING JAYA: Garis panduan makanan sihat di sekolah yang dikemaskini dengan memberi tumpuan kepada beberapa perkara baru termasuk kekerapan sesuatu makanan itu dijual, dijangka diedarkan bulan depan untuk dilaksanakan di kantin.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pematuhan garis panduan terbaru itu dapat memastikan amalan pemakanan sihat di kalangan murid dan menangani masalah kesihatan mereka seperti berat badan berlebihan.
"Kalau dulu kita hanya katakan (makanan dalam) senarai ini boleh dijual di sekolah tapi (dalam garis panduan yang dikemaskini), kita kata kena ada kekerapan (yang perlu diikuti), contoh nasi lemak, berapa kali boleh dijual seminggu...mee goreng, berapa kali boleh dijual di sekolah.
"Itu semua kita akan beri garis panduan yang teliti. Bukan garis panduan secara orang kata am...bahawa terpulang kepada kantin sekolah membuatnya. Oleh itu banyak kantin sekolah tidak menjual makanan yang betul," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Kembara Riang Ria Pemakanan di Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan di Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, hari ini.

Liow berkata, garis panduan itu wajib dipatuhi oleh pengendali kantin dan kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan kontrak mereka ditamatkan Kementerian Pelajaran.

Katanya, senarai makanan dalam garis panduan itu meliputi kira-kira 70 makanan utama, telah siap dan akan dibentang dalam mesyuarat bersama dengan Kementerian Pelajaran sedikit masa lagi.
"Senarai itu akan diumumkan kepada semua kantin sekolah selepas dipersetujui Kementerian Pelajaran. Sekarang memang ada senarai dan garis panduan. (Kita) mengemaskini untuk memastikan garis panduan adalah mengikuti masa dan keadaan sekarang.

"Kini banyak makanan proses yang dulu tiada, sekarang ada vending machine yang dulu tak popular. Sekarang (kita mahu) makanan dan minuman yang berkhasiat sahaja dijual di sekolah," katanya.

Liow berkata, berdasarkan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menunjukkan kira-kira 86.6 peratus pelajar membeli makanan dan minuman di kantin sekolah, maka adalah perlu kantin sekolah menyediakan makanan yang sihat.

"Kalau kantin sekolah tidak menyediakan makanan yang sihat, sebilangan besar pelajar akan terjejas," katanya.

Kajian UKM itu juga menunjukkan bahawa kegemaran pelajar adalah nasi lemak, mee goreng dan nasi ayam manakala makanan segera paling digemari adalah burger, ayam goreng dan pizza.

Liow berkata, penjaja makanan di luar perkarangan sekolah juga perlu mematuhi garis panduan tersebut.

Beliau berkata, walaupun obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah rendah berumur enam hingga 12 tahun telah meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007 mengikut kajian, namun keadaan belum sampai ke tahap tidak terkawal.

Katanya, peningkatan ini berkemungkinan besar disebabkan oleh amalan pemakanan tidak sihat dan kurangnya aktiviti fizikal yang mana kajian itu juga menunjukkan 76 peratus kanak-kanak menjalani kehidupan yang tidak aktif iaitu menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.

Kajian UKM juga menunjukkan bahawa hanya 70 peratus kanak-kanak sekolah rendah mengambil sarapan pagi setiap hari sementara 10 peratus kanak-kanak langsung tidak pernah mengambil sarapan.

Justeru itu, katanya, Kementerian Kesihatan yang kini diberi ruang di sekolah untuk memberi pengetahuan mengenai kesihatan gigi, akan turut memasukkan aspek cara pemakanan sihat dalam penyampaian mesej kesihatan mereka. - BERNAMA

Video, FB dan Blog PPBSP

Video yang digunakan semasa upacara perasmian AGM Ahad lepas.

http://www.facebook.com/video/video.php?v=10150173884708117

Bagi yang ingin mengikuti perkembangan persatuan boleh mengikuti facebook dan blog PPBSP:

Facebook: http://www.facebook.com/pages/Persatuan-Penduduk-Bandar-Seri-Putra/169051276483642
Blog: http://ppbsp.blogspot.com/

-Khai@bsp-

Senarai JK PPBSP 2011/2012 dan Gambar AGM

Dikongsikan senarai jawatankuasa Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) sesi 2011/2012 dan gambar semasa AGM baru-baru ini.

Jawatankuasa PPBSP 2011/2012   
   
Yang Dipertua : Tn Hj Ahmad Yusof (001)

Timbalan Yang Dipertua : Dato' Zakaria Husein (149)

Setiausaha : Dr. Ramizi Mohamed (135)

Penolong Setiausaha : En. Asfazian Che Ramli

Bendahari : En. Arzock Nassar (007)

AJK
1 Dr. Ishak Ahmad
2 Ustaz Farid Ravi
3 En Engku Faizal Annuar Engku Husin
4 Ustaz Abu Zaki
5 Pn. Nursiah
6 En. Khairil Anuar
7 Mejar Qayyum
8 En Azizul Jabbar Kamaruddin

Pemeriksa kira-kira   
1 En. Mohamad
2 Tn Hj Halimi


http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/222887_169465279775575_169051276483642_365258_1817246_n.jpg
Gambar: YDP Penaja dan jemputan khas.

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/215306_169465346442235_169051276483642_365265_5108391_n.jpg
Gambar: Ahli yang hadir

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/217777_169465436442226_169051276483642_365274_4552554_n.jpg
Gambar: Ahli yang turut hadir.

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/223582_169466026442167_169051276483642_365331_4258493_n.jpg
Gambar: Barisan AJK PPBSP 2011/2012

Gambar lain di sini:
http://www.facebook.com/media/set/fbx/?set=a.169465169775586.40818.169051276483642

-Khai-


ESOK: Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra


ESOK

Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) 24 April 2011

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/72590_479259253707_245996843707_6917526_6859433_n.jpg
Gambar hiasan: Majlis Ramah Mesra BSP 2010 yang dianjurkan oleh JK Penaja PPBSP


Apa yang saya sedia maklum, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) baru sahaja diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor pada 14 Januari 2011. Permohonannya telah dihantar beberapa tahun lalu, dan selepas beberapa pindaaan dan pertukaran ahli jawatankuasa, akhirnya ianya diluluskan pada awal tahun ini.

Berkaitan perkara tersebut, semua warga Bandar Seri Putra (BSP) dijemput untuk mendaftar terus sebagai ahli PPBSP walaupun telah mendaftar sebagai ahli persatuan penduduk/kejiranan dalam lokaliti masing-masing. Ini kerana pada ketika ini pengerusi persatuan, surau, masjid, JMB dan PIBG dalam BSP adalah ahli jawatankuasa dalam PPBSP. Dan aktiviti yang akan dijalankan (dan yang telah dijalankan) adalah untuk kepentingan warga BSP. Kuat persatuan, kuatlah BSP.

Borang pendaftaran akan mula diedarkan melalui wakil persatuan penduduk/kejiranan selewat-lewatnya 14 Mac ini. Diharap tuan/puan/ dato/datin dapat merujuk kepada wakil persatuan selepas tarikh tersebut.

Yuran pendaftaran (bayaran masuk) sebanyak RM3 perlu dikepilkan dengan borang permohonan itu nanti dan yuran tahunan sebanyak RM12 juga perlu dilampirkan. Jumlahnya RM15 untuk tahun pertama dan RM12 untuk tahun berikutnya.

Sehubungan dengan itu, atas ketetapan Jabatan Pendaftaran, satu mesyuarat agung perlu dilaksanakan sebelum 30 April 2011. Oleh itu, pihak jawatankuasa penaja telah bersetuju untuk mengadakan mesyuarat agung seperti berikut:



Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
24 APRIL 2011
8.30 pagi
Dewan SMK Bandar Seri Putra


Insya-Allah, satu surat panggilan mesyuarat akan diedarkan kepada semua ahli yang telah mendaftar sebelum 21 Mac 2011. Borang pencalonan dan usul akan diedarkan bersama surat panggilan mesyuarat tersebut.

Diharap semua warga BSP dapat beramai-ramai mendaftarkan diri sebagai ahli PPBSP sebelum 21 Mac 2011 dan hadir mesyuarat PPBSP pada 24 April nanti. Keahlian akan terus dibuka selepas 21 Mac 2011, bagaimanapun ahli yag mendaftar selepas 21 Mac 2011 adalah sebagai pemerhati sahaja.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada setiausaha, En. Burhanuddin Bin Haji Mahwal (012-2932783)

Sekian di maklumkan
-Khai, wakil SP5

Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.