Info Terkini PPBSP

ESOK: Majlis Ramah Mesra BSP 2012

MAJLIS RAMAH MESRA BANDAR SERI PUTRA 2012

 

 

Dengan sukacitanya dijemput semua warga Bandar Seri Putra untuk berkunjung dan meraikan Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2012 yang akan diadakan pada hari Ahad, 23 September 2012 dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Padang Permainan SP5.

Antara acara yang disediakan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut ialah :-

Jamuan Makan

 

 

Jamuan makanan, buahan dan minuman disediakan bagi semua pengunjung dan tetamu. Kepada mereka yang sama ingin menyumbang, bolehlah membawa makanan atau kuih-muih untuk dijamah bersama.

Permainan



Padang Permainan Angin (Inflatable Playground) disediakan khas untuk anak-anak bawar 12 tahun secara percuma. Juga terdapat permainan menunggang kuda (Pony Ride) disediakan dengan sedikit bayaran dikenakan.

Cabutan Bertuah



Menangilah hadiah utama berupa Flat Screen TV, Bladeless Cooling Stand Fan dan Basikal. Selain itu lebih dari 50 hamper juga tersedia untuk dimenangi. Kesemua hadiah ini adalah khas untuk pengunjung warga Bandar Seri Putra sahaja. Pengunjung warga Bandar Seri Putra diminta mendaftar pada masa kehadiran untuk membolehkan berpeluang memenangi hadiah-hadiah tersebut. Pendaftaran dibuka bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Satu rumah hanya perlu mendaftar sekali sahaja.

Persembahan





Berbagai acara disediakan terdiri dari persembahan Tadika, SK BSP, SRA BSP, SMK BSP, Madarasah as-Syakirin & Idola Kecil Adik Muaz. Selain itu terdapat persembahan kompang, muzik tradisonal dan silat.

Gerai Jualan





Kunjungilah gerai-gerai jualan yang akan menjual dan mempromosikan berbagai produk pakaian, keselamatan, kursus, kewangan, makanan dll.

Keselamatan

Keselamatan lalu lintas dan PBSM disediakan bagi membantu mengawal keselamatan. Dipohon dari semua pengunjung untuk mematuhi beberapa arahan dari sukarelawan Keselamatan PPBSP bagi melancarkan perjalanan majlis ini.

Selamat berkunjung. Jiran Didahulukan, Kesepakatan Diutamakan.

Sebarang pertanyaan, sumbangan & aduan, sila hubungi Arzock Nassar tel/sms 0122195909 atau e-mail arzock@ymail.com


Arzock Nassar adalah pengarah program Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2012 merangkap Bendahari Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP).

Gambar kenangan Majlis Ramah Mesra 2010
Album1: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.482184748707.293853.245996843707&type=3
Album2: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=482198588707&set=a.482184748707.293853.245996843707&type=3






0 comments:

Post a Comment

Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.